Luka adalah cedera pada kulit sama ada melecet, terkoyak, terpotong atau ulser…
Walaupun berbeza keadaan atau penyebabnya ; penjagaan luka adalah untuk tujuan yang sama iaitu:
- Supaya cepat sembuh
- Untuk mengelakkan jangkitan lebih teruk
- Supaya tidak meninggalkan parut atau tidak menyebabkan parut hodoh.
Bagaimana menjaga luka ?
Bergantung kepada:
1) Saiz luka
- luka kecil dan bersih cepat sembuh berbanding luka besar
2) Penyebab luka
- luka bedah biasanya bersih dan lebih mudah dijaga.
- luka yang kotor misalnya akibat kemalangan perlu dibersihkan sebaiknya mengelakkan jangkitan
- luka jangkitan seperti bisul, nanah perlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia merebaK
3) Kedudukan luka
- luka di bahagian yang sukar dilihat atau dicapai memerlukan orang lain membantu dalam penjagaan luka
- luka di tapak kaki atau belakang badan seperti ulser perlu dijaga rapi kerana tekanan berpanjangan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan berulang-ulang
4) Keadaan fizikal individu yang mengalami luka
- obesiti, kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah boleh melambatkan penyembuhan luka
Komplikasi luka :
- lambat sembuh
- jangkitan pada luka
- sepsis ( jangkitan merebak)
- parut
Apa perlu dilakukan ?
Secara umum :
- Menjaga kebersihan diri dan sekitaran
- Pemakanan yang sihat
- Pengawalan berat badan
- Memastikan tubuh berada pada tahap kesihatan optimum
- Kawal paras gula bagi pesakit kencing manis
Secara khusus :
- Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul ( lakukan ‘dressing’ atau rawatan cuci luka)
- pastikan bahagian luka cedera atau jahit sentiasa kering terutama 24 jam pertama
- jika diberikan ubat sapuan ( krim) : cuci luka terlebih dahulu dengan air bersih atau saline, kemudian sapukan ubat (krim) antiseptik atau antibakteria dengan nipis ( bagi membolehkan pengudaraan di bahagian luka dan membantu luka kering)
- jangan usik bahagian luka yang mula mengering; misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka (‘scab’) kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka atau jangkitan semula dan luka akan lambat sembuh
- luka jahit dan luka bedah perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah : terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka, kulit sekitar bahagian tersebut merah dan bengkak, luka seperti terbuka, bertambah sakit dan kemungkinan demam
- jika luka dibalut : tukar balutan setiap hari atau apabila menjadi basah/kotor
- habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor
Apa itu parut ?
Adalah kesan yang dilihat apabila luka telah sembuh. Ia terhasil apabila tisu baru timbul menggantikan tisu tercedera atau hilang akibat luka. Terdapat jenis-jenis parut yang perlu diberikan perhatian; antaranya
- keloid (perut yang terus membesar atau timbul melebihi kesan luka)
- hypertrophic scar ( parut timbul pada bahagian luka yang sembuh)
Mengelakkan mendapat parut :
- rawat luka sebaiknya
- jangan garu bahagian parut
Nota : Panduan ini adalah secara umum sahaja. Rujuklah doktor anda untuk rawatan yang betul.
No comments:
Post a Comment