Tuesday, 24 September 2013

Kami memberikan kemudahan rawatan kepada anda. Dengan ditemani jururawat terlatih yang mesra dan ceria, kami yakin proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat dengan keselesaan di rumah anda sendiri. Kami komited di dalam memberikan servis rawatan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.

Nursing Care
Jururawat terlatih kami akan membantu pesakit mendapatkan prosedur rawatan rutin tanpa perlu bersusah payah berulang-alik ke hospital.


Di antara servis-servis yang turut kami sediakan adalah:
- memandikan pesakit yang kurang berkeupayaan
- mencuci luka kolostomi
- penjagaan luka : mencuci luka kecil/sederhana/besar
- pencucian mata /eye toilet
- shampoo
- pemakanan melalui tiub makanan
- pemakanan secara oral/biasa
- penjagaan perineal/privart part
- membuang/menukar tiub makan atau tiub kencing
- mencukur
- menyedut kahak
- tepid sponging bagi pesakit yang demam
- penjagaan luka stoma
- suntikan (SC,IM, IV)


Khusus untuk pesakit yang memerlukan penjagaan rapi yang berterusan seperti pesakit yang terlantar di atas katil dan tidak mampu bergerak, dan juga pesakit yang tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Servis ini ditawarkan berdasarkan jam, harian, mingguan dan bulanan.
Pertanyaan lebih lanjut boleh dilakukan dengan menghubungi di talian 03- 78315070 atau 013-3347923 (Fatin).

Faedah Servis
• Mempercepatkan proses pemulihan dengan rawatan berterusan dengan keselesaan di rumah.
• Mengurangkan beban kepada keluarga pesakit.
• Kos yang lebih rendah berbanding rawatan di hospital.

Sekian,terima kasih.

Thursday, 19 September 2013

PENJAGAAN LUKA

Luka adalah cedera pada kulit sama ada melecet, terkoyak, terpotong atau ulser…
Walaupun berbeza keadaan atau penyebabnya ; penjagaan luka adalah untuk tujuan yang sama iaitu:
  • Supaya cepat sembuh
  • Untuk mengelakkan jangkitan lebih teruk
  • Supaya tidak meninggalkan parut atau tidak menyebabkan parut hodoh.


Bagaimana menjaga luka ?
Bergantung kepada:
1) Saiz luka
- luka kecil dan bersih cepat sembuh berbanding luka besar
2) Penyebab luka
- luka bedah biasanya bersih dan lebih mudah dijaga.
- luka yang kotor misalnya akibat kemalangan perlu dibersihkan sebaiknya mengelakkan jangkitan
- luka jangkitan seperti bisul, nanah perlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia merebaK
3) Kedudukan luka
- luka di bahagian yang sukar dilihat atau dicapai memerlukan orang lain membantu dalam penjagaan luka
- luka di tapak kaki atau belakang badan seperti ulser perlu dijaga rapi kerana tekanan berpanjangan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan berulang-ulang
4)  Keadaan fizikal individu yang mengalami luka
- obesiti, kencing manis dan penyakit daya ketahanan rendah boleh melambatkan penyembuhan luka
Komplikasi luka :
  • lambat sembuh
  • jangkitan pada luka
  • sepsis ( jangkitan merebak)
  • parut


Apa perlu dilakukan ?
Secara umum :
  • Menjaga kebersihan diri dan sekitaran
  • Pemakanan yang sihat
  • Pengawalan berat badan
  • Memastikan tubuh berada pada tahap kesihatan optimum
  • Kawal paras gula bagi pesakit kencing manis

Secara khusus :
  • Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul ( lakukan ‘dressing’ atau rawatan cuci luka)
  • pastikan bahagian luka cedera atau jahit sentiasa kering terutama 24 jam pertama
  • jika diberikan ubat sapuan ( krim) : cuci luka terlebih dahulu dengan air bersih atau saline, kemudian sapukan ubat (krim) antiseptik atau antibakteria dengan nipis ( bagi membolehkan pengudaraan di bahagian luka dan membantu luka kering)
  • jangan usik bahagian luka yang mula mengering; misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka (‘scab’) kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka atau jangkitan semula dan luka akan lambat sembuh
  • luka jahit dan luka bedah perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah : terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka, kulit sekitar bahagian tersebut merah dan bengkak, luka seperti terbuka, bertambah sakit dan kemungkinan demam
  • jika luka dibalut : tukar balutan setiap hari atau apabila menjadi basah/kotor
  • habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor

Apa itu parut ?
Adalah kesan yang dilihat apabila luka telah sembuh. Ia terhasil apabila tisu baru timbul menggantikan tisu tercedera atau hilang akibat luka. Terdapat jenis-jenis parut yang perlu diberikan perhatian; antaranya
  • keloid (perut yang terus membesar atau timbul melebihi kesan luka)
  • hypertrophic scar ( parut timbul pada bahagian luka yang sembuh)
Mengelakkan mendapat parut :
  • rawat luka sebaiknya
  • jangan garu bahagian parut
Nota : Panduan ini adalah secara umum sahaja. Rujuklah doktor anda untuk rawatan yang betul.

Monday, 16 September 2013

LOKASI

BERTEMPAT DI:

POLIKLINIK AN-NISA’
ALAM BUDIMAN
NO 2 GF, JLN PULAU LUMUT QU10/Q,
SEKSYEN U10, ALAM BUDIMAN,
 40150 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL/FAX: 03-78315070
&
POLIKLINIK AN-NISA’
SEKSYEN 7
NO 19 &21, JALAN KRISTAL AS7/AS,
PERSIARAN KRISTAL, SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL/FAX: 03-55230854

FACEBOOK : POLIKLINIK AN NISA
WEBSITE : www.an-nisa.com.my
EMAIL : homecare@an-nisa.com.my



HUBUNGI KAMI

 Fatin Adawiah bt Khairudin

03-78315070

homecare@an-nisa.com.my



MAKLUMAT HOMECARE AN-NISA'

PENGENALAN:

HOME CARE  AN-NISA’  bersedia untuk memberikan perkhidmatan  dikawasan shah alam, alam budiman dan sekitarnya. Mempunyai kumpulan  professional  yang terdiri daripada pegawai perubatan dan jururawat  berdaftar yang bertauliah dalam penjagaan kesihatan dan berpengalaman  untuk membantu  menjaga orang yang tersayang.


OBJEKTIF:

  1. Memberikan penjagaan yang efektif dan berterusan kepada pelanggan dengan tenaga kerja yang berkemahiran dan kos rawatan yang berpatutan.
  2. Memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkini mengikut prefessionalism  dan etika perubatan.
  3. Mengalakkan kesinambungan penjagaan semasa fasa pemulihan di rumah dipersekitaran yang biasa dan di samping orang tersayang.


PERKHIDMATAN:

        HOMECARE AN-NISA’ menyediakan pelbagai perkhidmatan  seperti berikut:


· Penjagaan Luka
· Suntikan (SC,IM, IV)
· Membantu dalam kehidupan seharian (ADL’S)
· Memasukkan  & menukar tiub makanan (Ryles’s tube)
· Memasukkan tiub kencing (Urinary Catheter  insertion/ CBD Insertion)
· Penjagaan tiub kencing (Urinary Catheter Care)
· Penasihat Pemakanan Ubat
· Memantau tahap gula dalam badan
· Nebulizer